The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS22: Penang FC vs Selangor FC | Tamatkan Liga Dengan Kemenangan!

Oct 15, 2022 - FAS

Selangor FC akan menentang pasukan Penang FC dalam perlawanan terakhir saingan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya pada jam 9 malam ini.

Ini merupakan perlawanan penentuan kedudukan bagi mengetahui pasukan lawan dalam saingan TM Piala Malaysia 2022 yang akan membuka tirai tidak lama lagi. 

Menurut Ketua Jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, keadaan pasukan lawan bukanlah satu kelebihan buat Gergasi Merah.

"Pertukaran Ketua Jurulatih yang berlaku dalam pasukan lawan bukan lah satu kelebihan kerana saya yakin pemain-pemain Penang FC juga mahu menunjukkan sesuatu terutama sekali mereka bermain di laman sendiri pada malam ini. Mereka juga mahu layak ke saingan TM Piala Malaysia. Apa yang penting adalah saya mahu pemain untuk fokus sehingga minit terakhir perlawanan," tegas Tan Cheng Hoe.

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari yang masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat Fazly Mazlan yang digantung perlawanan kerana memperoleh kad kuning keenam baru-baru ini. 

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!